Malaysia

Lori bawa 120 tong bahan kimia terbabit nahas, zink oksida tumpah

Sebuah lori membawa 120 tong bahan kimia terbabit kemalangan di Kilometer A0.2 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), pagi ini.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ashrul Riezal Ashbar berkata, kemalangan itu menyebabkan bahan kimia zink oksida tumpah kira-kira 30 meter di atas jalan.

Menurutnya, setiap tong seberat 200 kilogram dan beberapa tong pecah selepas terjatuh ketika lori mengambil selekoh apabila penghadang kunci terbuka.

Bomba tiba di lokasi pada 8.34 pagi dan menyekat sisa bahan kimia yang mengalir ke dalam parit bagi mengelakkan tumpahan merebak.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker