F1 kembali ke Malaysia, RTM siar Bahrain GP secara langsung

Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan secara langsung perlumbaan Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), bermula hari ini hingga Ahad.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, siaran itu memberi peluang kepada rakyat di seluruh negara menikmati kemeriahan perlumbaan bertaraf dunia dari Sepang.
Perlumbaan berkenaan berlangsung dari 2 hingga 4 Oktober selepas Sepang dipilih sebagai lokasi sementara bagi Bahrain GP susulan perlumbaan asal di Bahrain tidak dapat diteruskan akibat perkembangan geopolitik di Asia Barat.
Penganjuran ini turut menandakan kembalinya F1 ke Sepang selepas kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah pada 2017. Perlumbaan utama dijadual berlangsung pada Ahad, 4 Oktober.



