Dua peserta maraton cedera dirempuh motosikal; penunggang positif alkohol

Dua peserta Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon cedera selepas dirempuh sebuah motosikal di Jalan Munshi Abdullah pagi tadi.
Ketua Trafik Kuala Lumpur, Zamzuri Isa, berkata penunggang lelaki berusia 21 tahun bersama pembonceng wanita berusia 19 tahun memasuki laluan maraton yang ditutup, sebelum melanggar kedua-dua peserta ketika cuba melarikan diri.
Mangsa wanita berusia 50 tahun mengalami kecederaan di leher, manakala mangsa lelaki berusia 41 tahun cedera di lutut kanan dan tangan.
Saringan awal mendapati penunggang positif alkohol dengan bacaan 164mg/100ml. Penunggang direman tiga hari, manakala pembonceng direman dua hari.
Kes disiasat berhubung kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol serta menghalang penjawat awam menjalankan tugas.



