Malaysia
JPJ keluarkan 35 notis sebelum gantung MyEG, Zetrix AI

Perkhidmatan kutipan bayaran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui MyEG dan Zetrix AI digantung mulai 5 Oktober susulan tunggakan hasil kerajaan berjumlah RM314 juta.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata tunggakan itu terkumpul antara 19 Mei hingga 30 September. JPJ sebelum ini sudah mengeluarkan 35 notis peringatan serta mengadakan empat sesi libat urus dengan syarikat berkenaan.
Menurutnya, syarikat itu turut menyerahkan cek bernilai RM231 juta pada 21 Ogos, namun cek tersebut tidak diproses.
Bagaimanapun, penggantungan itu tidak menjejaskan urusan JPJ kerana orang ramai masih boleh menggunakan MyJPJ, Portal Awam JPJ, kaunter dan kiosk JPJ.




