Malaysia

Tikam isteri dan serang ibu mertua, lelaki mengaku tidak bersalah

Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen atas pertuduhan menikam isteri dan mencederakan ibu mentua menggunakan pisau di Ketereh minggu lalu.

Shahrul Shahrizal Che Shaari, 44, didakwa mencederakan isterinya, Zulaiha Mat Zain, 44, sehingga parah serta mencederakan ibu mentuanya, Paridah Ismail, 78, kira-kira jam 8.30 malam Isnin lalu.

Pertuduhan terhadap isterinya dibuat mengikut Seksyen 326 dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan, manakala pertuduhan terhadap ibu mentua mengikut Seksyen 324 kanun sama.

Mahkamah memerintahkan Shahrul dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selama sebulan untuk pemeriksaan psikiatri selepas peguam memaklumkan dia pernah menyatakan hasrat membunuh diri dua minggu sebelum kejadian.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker