Malaysia

Hampir 5000 kes buli direkodkan di sekolah dalam tempoh enam bulan

Sebanyak 4,289 kes buli direkodkan di sekolah termasuk asrama di seluruh negara dari Mac hingga Ogos 2026, dengan buli fizikal mencatatkan jumlah tertinggi sebanyak 2,480 kes.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, berkata sebanyak 1,386 kes melibatkan buli lisan, diikuti 243 kes buli bukan lisan dan 180 kes buli siber.

Beliau berkata demikian menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada 13 Oktober, bagi menjawab soalan Muhammad Fawwaz Mohamad Jan, Ahli Parlimen Permatang Pauh, mengenai kes buli sejak Akta Antibuli 2026 berkuat kuasa.

Kementerian Pendidikan (KPM) turut memperkukuh penguatkuasaan, pemantauan sekolah dan asrama serta perlindungan mangsa.

Bagi meningkatkan keselamatan pelajar, KPM memasang kamera litar tertutup (CCTV) di 200 sekolah berasrama pada 2025 dengan peruntukan RM3 juta.

Tahun ini, pemasangan diteruskan di 333 sekolah berasrama dengan peruntukan RM5 juta, manakala RM15 juta diperuntukkan pada 2027 untuk memperluas pemasangan CCTV ke 1,000 sekolah di seluruh negara.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker