Malaysia

Lampu jalan terbakar punca asap tebal di DUKE, polis sahkan

Kepulan asap tebal yang tular di media sosial berhampiran Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), selepas Plaza Tol Sentul, pada Rabu berpunca daripada kebakaran lampu jalan.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam berkata, pemeriksaan polis bersama pihak pengurusan lebuh raya mengesahkan asap berkenaan berpunca daripada lampu jalan yang terbakar di Ramp 0.5, dari arah Greenwood menuju ke susur keluar Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Beliau berkata, kebakaran itu berjaya dipadamkan dan tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan.

Sebelum ini, video kejadian tular di media sosial memaparkan asap tebal menyelubungi kawasan berkenaan ketika beberapa kenderaan, termasuk motosikal, melalui laluan itu.

Terdahulu, orang ramai mendakwa asap berkenaan keluar dari longkang berhampiran lebuh raya itu. Bagaimanapun, hasil pemeriksaan mengesahkan puncanya ialah kebakaran lampu jalan.

Tindakan susulan berhubung kejadian itu kini dikendalikan oleh pihak pengurusan lebuh raya DUKE.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker