Malaysia

Kes buli Zara Qairina bukan pertama kali, KPM siasat satu lagi dakwaan kes buli di sekolah di Sabah

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengarahkan siasatan segera dijalankan berhubung satu kes buli membabitkan seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah di Papar, Sabah, yang dikatakan berlaku pada Jun 2023.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, memaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah telah diarahkan menyiasat kes berkenaan yang kembali tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Dalam masa sama, beliau menggesa ibu bapa atau penjaga mangsa untuk tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi membolehkan siasatan menyeluruh dijalankan.

Insiden terbabit kembali mendapat perhatian susulan kematian tragis pelajar Tingkatan Satu sekolah agama di Papar, Zara Qairina Mahathir, 13 yang jatuh dari tingkat tiga asrama pada 16 Julai lalu.

KPM menegaskan pendirian tegas untuk tidak berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku buli di institusi pendidikan dan menyeru semua pihak memainkan peranan dalam memastikan keselamatan murid terjamin di sekolah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker