Hiburan
Spice Girls ‘Wannabe’ genap 30 tahun, lagu ikonik era 90-an masih kekal relevan

Lagu debut kumpulan pop wanita British, Spice Girls, berjudul ‘Wannabe’ kini genap 30 tahun sejak ia mula dilancarkan pada 26 Jun 1996.
Lagu itu pertama kali diperkenalkan di Asia sebelum tersebar ke seluruh dunia dan terus mencetuskan fenomena besar dalam industri muzik global.
Lagu tersebut kemudian melonjak ke tempat pertama carta di lebih 30 negara termasuk United Kingdom dan Amerika Syarikat, sekali gus mengangkat kumpulan itu ke status superstar dunia.
Sambutan ulang tahun ke-30 ini turut menghidupkan kembali perbincangan mengenai kemungkinan reuni Spice Girls, walaupun tiada pengesahan rasmi mengenai persembahan bersama dalam masa terdekat.




