Malaysia

Budak 7 tahun digantung ibu masih trauma, alami kesan jerutan di leher

Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang terselamat selepas cuba digantung ibunya di rumah mereka di Taman Perak, Kulim, dilaporkan masih trauma dan menerima rawatan di Hospital Kulim.

Dalam kejadian jam 11.05 malam kelmarin, mangsa terselamat apabila kain yang menjerut lehernya terlucut ketika ditolak ibunya dari tangga aluminium.

Ibu mangsa ditemui mati tergantung, manakala adik perempuannya berusia empat tahun ditemukan tidak bernyawa di atas tilam, dipercayai dibunuh sebelum kejadian itu.

Bapa kandung kanak-kanak berkenaan sudah dikesan dan bersedia mengambil tanggungjawab menjaga anaknya selepas dibenarkan keluar dari hospital.

Mangsa yang merupakan murid Tahun Satu mengalami kesan jerutan di leher.

Polis mengesahkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan cubaan membunuh.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker