FAM bakal disaman tujuh pemain warisan?

Tujuh pemain warisan skuad kebangsaan dilapor sedang menimbang tindakan undang-undang terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas digantung dan didenda oleh Fifa akibat kesilapan teknikal melibatkan dokumen pendaftaran.
Menurut laporan Harian Metro, tindakan itu dipertimbangkan selepas kesilapan pentadbiran FAM menyebabkan mereka digantung 12 bulan dan kehilangan kontrak bersama kelab masing-masing.
Peguam luar negara kini dikatakan sedang berbincang dengan kumpulan pemain berkenaan bagi menilai langkah seterusnya.
Fifa sebelum ini mendapati FAM menyerahkan dokumen dipalsukan bagi mengesahkan kelayakan pemain untuk perlawanan kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam pada 10 Jun lalu.
FAM turut dikenakan denda (RM1.8 juta, manakala setiap pemain didenda RM10,560 dan digantung daripada semua aktiviti bola sepak selama setahun.




