Malaysia

Dua lelaki dirakam buat aksi tak senonoh sesama jantina dalam Perodua Alza

Jawatankuasa Masjid Kariah Paroi Jaya menafikan dakwaan bahawa imam masjid terbabit dalam video tular yang merakamkan dua lelaki melakukan aksi tidak senonoh di dalam sebuah Perodua Alza.

Hasil semakan dalaman mendapati individu dalam video itu bukan imam mereka, malah kenderaan serta nombor pendaftarannya tidak berkaitan dengan masjid.

Pihak masjid menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah yang menjejaskan nama institusi agama dan akan membuat laporan polis bagi membersihkan imej masjid.

Mereka turut meminta pihak berkuasa, termasuk SKMM, menyiasat penyebaran video berkenaan.

Video berdurasi 42 saat itu menunjukkan dua lelaki terkejut apabila diketuk tingkap ketika didakwa berdua-duaan melakukan perbuatan tidak senonoh sebelum beredar dari lokasi tidak dikenal pasti. JHEAINS memaklumkan kes ini kini dalam siasatan polis.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker