Malaysia

MIC dakwa hanya hantar surat pertanyaan, bukan penyertaan PN

MIC menegaskan dakwaan Perikatan Nasional (PN) bahawa parti itu telah memohon menyertai gabungan berkenaan adalah tidak tepat, kerana surat yang dihantar sebenarnya hanyalah permohonan penjelasan sebelum sebarang keputusan dibuat.

Menurut Malaysiakini memetik Setiausaha Agung S Ananthan sebagai berkata surat berkenaan bertujuan mendapatkan maklumat terperinci mengenai keahlian, prosedur kemasukan serta kedudukan parti sekiranya diterima sebagai komponen PN.

Ia turut merangkumi pertanyaan tentang komitmen gabungan itu terhadap pembangunan masyarakat India, antara faktor penting sebelum menentukan hala tuju politik parti.

Surat berkenaan dihantar selepas beberapa pemimpin PAS mempelawa MIC mempertimbangkan kemungkinan penyertaan, dan ia diserahkan empat hari sebelum Perhimpunan Agung MIC.

Penjelasan ini muncul susulan pengumuman Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, yang mendakwa MIC telah mengemukakan permohonan rasmi untuk menyertai gabungan tersebut, dan perkara itu akan dibincangkan selepas PRN Sabah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker