DBKL jawab isu permit spa songsang di Chow Kit

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi jaminan pemantauan terhadap premis spa dan sauna di ibu negara akan diperketat susulan serbuan tular di Chow Kit yang membawa kepada penahanan 201 individu kerana dipercayai terbabit dalam aktiviti songsang.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, DBKL menjalankan pemeriksaan berkala dan bertindak segera apabila menerima aduan awam.
Walaupun lesen dikeluarkan berdasarkan kategori permohonan, terdapat premis yang kemudian beroperasi di luar skop sebenar sehingga mencetuskan penyalahgunaan lesen.
Langkah ini diambil bagi mengesan lebih awal sebarang kegiatan tidak bermoral di premis berlesen, khususnya selepas kes di Chow Kit menjadi tumpuan umum.
Terdahulu, media melaporkan seramai 201 individu termasuk 17 penjawat awam yang disyaki terbabit dalam kegiatan songsang ditahan dalam serbuan di sebuah premis pusat spa di ibu negara pada Jumaat malam.




