Anggota JPJ Selangor kini dilengkapi kamera badan

Anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor kini dilengkapi kamera badan (BWC) sebagai sebahagian langkah memperkukuh ketelusan, akauntabiliti dan integriti dalam operasi penguatkuasaan di lapangan.
Pelaksanaan pemakaian BWC yang bermula Isnin lalu membolehkan rakaman audio dan visual dijadikan bahan sokongan bukti, selain melindungi anggota daripada salah faham, tuduhan tidak berasas atau gangguan ketika menjalankan tugas.
Dalam perkembangan berkaitan, JPJ Selangor terus melaksanakan Operasi Perang Lebih Muatan di seluruh negara hingga 31 Disember ini.
Setakat Rabu lalu, 22 kenderaan lebih muatan ditahan dan 39,555 notis dikeluarkan, dengan kesalahan tertinggi melibatkan Lesen Kenderaan Motor tamat tempoh, pemandu tanpa lesen memandu kompeten, tiada insurans dan lesen vokasional.




