Kekal dengan BN atau tidak? Kepentingan komuniti India kekal keutamaan MIC – Vigneswaran

MIC menegaskan bahawa apa jua keputusan mengenai hala tuju parti dalam Barisan Nasional (BN) akan dibuat dengan mengutamakan kepentingan komuniti India.
Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran berkata parti itu sedar akan perubahan landskap politik semasa dan menegaskan hubungan MIC dengan BN masih berjalan baik.
Keputusan muktamad mengenai masa depan MIC dijangka dibuat oleh Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) selepas sambutan Thaipusam.
Kenyataan itu dibuat susulan gesaan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang meminta MIC dan MCA mengenepikan perbezaan serta terus kekal bersama BN demi kestabilan gabungan.
Sementara itu, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan, memaklumkan kepimpinan tertinggi parti akan bermesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan hala tuju politik MIC, termasuk spekulasi kerjasama dengan gabungan lain.
Namun katanya, sehingga keputusan rasmi dibuat, MIC masih kekal dalam BN.



