Malaysia

MCMC tarik balik sekatan ke atas Grok hari ini  

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menarik balik sekatan akses sementara terhadap aplikasi Grok di platform X berkuat kuasa hari ini selepas langkah keselamatan dan pencegahan tambahan dilaksanakan.

Keputusan itu dibuat susulan pengesahan daripada pihak X bahawa aplikasi berkenaan kini mematuhi keperluan undang-undang Malaysia, hasil mesyuarat bersama Kementerian Komunikasi dan SKMM pada 21 Januari lalu.

SKMM bagaimanapun memaklumkan pemantauan berterusan akan dilakukan dan memberi amaran tindakan tegas akan diambil sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang, dengan keselamatan pengguna kekal sebagai keutamaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker