Malaysia

Lelaki diupah RM200 jadi duyung di bazar Ramadan di Pasir Mas ditahan polis

Seorang lelaki berusia 24 tahun yang berpakaian seperti duyung di sebuah gerai air balang di Pasir Mas ditahan polis untuk siasatan sebelum dibebaskan dengan bon jaminan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan memaklumkan lelaki terbabit diupah RM200 oleh pemilik gerai untuk membuat “content” bagi promosi jualan.

Suspek disiasat di bawah Seksyen 19 dan 20 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kelantan kerana berpakaian menyerupai wanita dan perbuatan tidak sopan, dengan tarikh sebutan semula ditetapkan 8 Jun.

Pihak berkuasa negeri telah mengarahkan peniaga memadamkan promosi berkenaan dan menegaskan perbuatan seumpama itu tidak dibenarkan bagi menarik pelanggan, walaupun gerai masih berlesen dan dibenarkan beroperasi.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker