Malaysia

Pegawai tentera mabuk rempuh kereta e-hailing di Lebuhraya MEX, seorang maut

Seorang pegawai tentera ditahan selepas dipercayai memandu dalam keadaan mabuk dan merempuh sebuah kenderaan e-hailing di Lebuhraya MEX awal pagi tadi, menyebabkan seorang penumpang maut.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zamzuri Isa berkata, pihak polis menerima laporan kejadian pada jam 5.38 pagi melibatkan sebuah Perodua Alza dan Ford Fiesta.

Siasatan awal mendapati pegawai tentera berusia 31 tahun yang memandu Ford Fiesta itu memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh Alza yang dipandu seorang pemandu e-hailing berusia 41 tahun.

Zamzuri berkata, ujian pernafasan mendapati kandungan alkohol dalam darah pemandu Fiesta melebihi had dibenarkan, manakala ujian air kencing adalah negatif.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker