Malaysia

Najib tarik balik rayuan selepas Mahkamah Tinggi tolak permohonan tahanan rumah

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menarik balik rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk menjalani baki hukuman penjara kes SRC International di bawah tahanan rumah.

Menurut laporan, notis pemberhentian rayuan itu difailkan oleh pasukan peguamnya, Tetuan Shafee & Co pada 3 April lalu. Tiada sebab diberikan bagi penarikan tersebut, namun dokumen itu menyatakan rayuan dihentikan tanpa kebenaran untuk difailkan semula dan tanpa sebarang perintah kos.

Ini bermakna Najib tidak lagi boleh memfailkan semula rayuan sama bagi mendapatkan tahanan rumah untuk baki hukuman penjara enam tahun yang dikurangkan sebelum ini.

Difahamkan, beliau turut menarik balik rayuan untuk mendapatkan kebenaran memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap bekas Peguam Negara, Ahmad Terrirudin Salleh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker