Malaysia
Kerajaan kaji semula subsidi RON95; golongan pertengahan tidak terjejas – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 11 Mei —
Kerajaan sedang meneliti cadangan kajian semula subsidi petrol RON95 khusus untuk golongan berpendapatan tinggi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau memberi jaminan bahawa pelaksanaan itu tidak akan membebankan golongan pertengahan, manakala kategori penerima seperti T20 atau T15 masih dalam perbincangan.
Anwar berkata kenaikan harga minyak global dan konflik di Timur Tengah telah meningkatkan kos subsidi negara, yang mencecah RM7 bilion pada April lalu.
Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) kini sedang menilai mekanisme pelaksanaan bagi memastikan hanya yang layak menerima subsidi, tanpa menjejaskan kos sara hidup rakyat.




