Malaysia

Kerajaan MADANI peruntuk RM65.5 juta perkasa masyarakat India melalui 6 inisiatif baharu

Kerajaan MADANI menerusi Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) memperkenalkan enam inisiatif baharu di bawah Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) bagi tahun 2026 dengan peruntukan keseluruhan RM65.5 juta bagi memperkukuh pembangunan sosioekonomi masyarakat India.

Menurut laporan, MITRA kini diperkukuh sebagai sebuah jabatan di bawah KESUMA selepas mendapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), sekali gus membolehkan pelaksanaan program pembangunan komuniti dilakukan secara lebih tersusun dan berimpak tinggi khususnya untuk golongan B40 dan M40.

Antara inisiatif diperkenalkan termasuk Program CELIK MADANI yang menyediakan subsidi pendidikan awal sehingga RM2,530 setahun kepada 4,000 kanak-kanak India keluarga B40, selain Program Tuisyen MADANI (KALVI MADANI) melibatkan 5,000 pelajar SPM dan STPM dengan permohonan dibuka mulai 5 Jun ini.

MITRA turut memperkenalkan bantuan geran usahawan sehingga RM50,000 menerusi UYARVU MADANI, subsidi dialisis AROGYA MADANI serta bantuan kebajikan THUNAI MADANI untuk keluarga India B40, selain Program MADANI Rakyat Komuniti India yang akan dilaksanakan di 38 daerah di sembilan negeri.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker