Malaysia

Malaysia sambut baik persefahaman AS-Iran, gesa perjanjian damai dimeterai segera

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik persefahaman yang dicapai antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran untuk menamatkan konflik yang berlarutan sejak beberapa bulan lalu.

Beliau turut mengalu-alukan rancangan kedua-dua negara untuk menandatangani memorandum persefahaman dalam masa terdekat sebagai langkah ke arah perdamaian yang lebih berkekalan.

Anwar juga memuji peranan Pakistan sebagai pengantara yang membantu menjayakan rundingan antara AS dan Iran sehingga mencapai persefahaman tersebut.

Beliau berkata Selat Hormuz perlu segera dibuka semula kerana penting untuk keselamatan tenaga dan perdagangan global, serta menggesa semua pihak bertindak baik demi mempercepatkan perjanjian damai.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker