Malaysia
Anthony Loke lepas jawatan Ketua DAP Negeri Sembilan, ahli tentukan nasib parti dalam kerajaan

Anthony Loke mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan selepas tewas di DUN Chennah pada PRN Negeri Sembilan.
Bagaimanapun, beliau kekal sebagai Setiausaha Agung DAP dan berkata sudah tiba masanya kepimpinan negeri diserahkan kepada pemimpin baharu.
Dalam masa sama, Loke memaklumkan kira-kira 4,000 perwakilan DAP akan menentukan sama ada parti itu kekal dalam Kerajaan Perpaduan menerusi Kongres Khas DAP pada 16 Ogos.
Keputusan itu akan dibuat oleh para perwakilan, bukan kepimpinan pusat parti.




