Malaysia
Mayat lelaki ditemui dalam tangki kumbahan, 5 termasuk wanita direman

Lima orang termasuk seorang wanita direman empat hari bagi membantu siasatan kes culik dan bunuh selepas mayat lelaki ditemukan dalam tangki kumbahan sebuah rumah di Nibong Tebal.
Mayat lelaki berusia 50-an itu ditemukan dengan tangan dan kaki terikat selepas jiran melaporkan bau busuk. Mayat dipercayai berada dalam tangki sekurang-kurangnya dua hari sebelum dikeluarkan dengan bantuan bomba.
Polis turut menyiasat pemindahan RM30,000 daripada akaun mangsa ke sebuah kedai runcit di Sungai Bakap. Pemilik kedai itu didakwa diarahkan memindahkan wang berkenaan ke bank di Myanmar.
Kesemua suspek berusia 30-an direman hingga Ahad dan disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.




