Malaysia
37 hari hilang di Nepal, seorang daripada 55 rakyat Malaysia ditemui selamat

Seorang daripada 55 rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang selepas banjir dan tanah runtuh teruk di Nepal, dipercayai sudah ditemui selamat dan pulang ke tanah air.
Jurucakap Malaysia Solidarity, Families in Hope (MASFIH), Dr Manivannan Rethinam, berkata lelaki berketurunan Cina yang mengembara seorang diri itu dilaporkan menghubungi Kedutaan Malaysia di Kathmandu pada 1 Oktober.
Beliau dipercayai tiba di Malaysia pagi ini dan sudah bertemu semula dengan keluarganya selepas 37 hari tidak diketahui keberadaannya.




