Malaysia
F1 di Sepang cetus rungutan, peminat tunggu berjam-jam

Peminat Formula 1 meluahkan rasa tidak puas hati selepas terpaksa menunggu berjam-jam untuk bas perantara di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), pada Jumaat, 2 Oktober.
Aduan tular di media sosial selepas sesi latihan, dengan pengunjung mendakwa barisan bas terlalu panjang dan perkhidmatan tidak teratur.
Ada juga penonton mendakwa terpaksa berjalan di lorong kecemasan kerana terlalu lama menunggu. Beberapa pengunjung turut mengadu mengenai kesesakan dan cuaca panas.
Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 berlangsung di SIC dari 2 hingga 4 Oktober, selepas perlumbaan Bahrain dipindahkan ke Malaysia susulan situasi keselamatan di Asia Barat.




