Malaysia
200,000 warga Thailand kerja restoran tomyam? Imigresen nafi dakwaan

Jabatan Imigresen Malaysia menafikan dakwaan kira-kira 200,000 warga Thailand bekerja di 5,000 restoran tomyam di Malaysia.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, setakat 15 September lalu, hanya 12,629 warga Thailand mempunyai Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) sah dalam sektor restoran.
Daripada jumlah itu, 12,541 bekerja sebagai tukang masak, manakala 88 lagi sebagai krew restoran dan pekerja kedai makan.
Zakaria berkata, dakwaan 200,000 warga Thailand itu tidak dapat disahkan.
Sementara itu, 2,316 warga Thailand ditahan kerana menyalahgunakan pas sepanjang 2025 hingga 15 September lalu.




