Malaysia

Wan Fayhsal pengsan ketika bantu anak, kini dirawat di HKL

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 7 Oktober, selepas tidak sedarkan diri ketika membantu anaknya menyiapkan latihan kerja sekolah di kediaman.

Menerusi hantaran di media sosial, beliau berkata kejadian berlaku pada awal pagi dan beliau hanya sedar semula kira-kira jam 6 petang. Beliau kemudian menjalani pemeriksaan serta rawatan kecemasan di HKL, termasuk dijadualkan menjalani imbasan CT.

Pejabat Ahli Parlimen Machang memaklumkan Wan Ahmad Fayhsal kini berada di wad dan dalam keadaan stabil. Doktor turut menasihatkannya supaya berehat sehingga pulih sepenuhnya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatannya. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, juga mendoakan agar Wan Ahmad Fayhsal segera sembuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker