Malaysia

Anak pasangan Melayu dan warga asing Islam boleh didaftarkan sebagai Melayu – Saifuddin

Anak hasil perkahwinan sah antara rakyat Malaysia berketurunan Melayu beragama Islam dengan warga asing beragama Islam boleh didaftarkan sebagai Melayu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ibu bapa boleh memilih untuk mendaftarkan anak mereka mengikut keturunan ibu atau bapa, termasuk keturunan warga asing berkenaan.

Beliau menjelaskan perkara itu menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan Pang Hok Liong (PH-Labis) mengenai kelayakan warga asing yang berkahwin dengan orang Melayu Islam untuk mendapat status Bumiputera serta hak dan keistimewaan berkaitan.

Bagaimanapun, Saifuddin menegaskan bahawa perkahwinan dengan rakyat Malaysia berketurunan Melayu tidak secara automatik menjadikan pasangan warga asing itu berketurunan Melayu.

Jabatan Pendaftaran Negara juga tidak mempunyai kuasa menentukan status Bumiputera atau kelayakan seseorang menikmati keistimewaan berkaitan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker