Malaysia
KJ persoal keputusan SPM cemerlang, tetapi skor PISA merosot

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, mempersoalkan peningkatan jumlah pelajar yang memperoleh semua A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sedangkan pencapaian Malaysia dalam Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) menunjukkan kemerosotan.
Khairy membangkitkan persoalan mengenai jurang antara keputusan peperiksaan kebangsaan yang semakin baik dengan tahap penguasaan sebenar pelajar dalam penilaian antarabangsa.
PISA menilai keupayaan pelajar berusia 15 tahun dalam tiga bidang utama, iaitu matematik, sains dan bacaan. Penilaian itu mengukur kebolehan pelajar menggunakan pengetahuan serta menyelesaikan masalah, bukan sekadar menghafal fakta.




