Malaysia
Polis siasat dakwaan pegawai SPRM terima rasuah RM350,000

Polis membuka dua kertas siasatan berhubung dakwaan seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima rasuah RM350,000 pada 2017.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M. Kumar, berkata siasatan dijalankan susulan laporan polis berhubung dakwaan yang tular di media sosial.
Kes disiasat mengikut Seksyen 165 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Dakwaan itu pernah disiasat pada 2018 sebelum ditutup kerana tiada kesalahan dapat dibuktikan. Polis akan mendapatkan keterangan saksi dan mengesahkan status siasatan terdahulu.




