Malaysia

Bendera Bersama dibakar, calon buat laporan polis

Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi DUN Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas beberapa bendera partinya didakwa dirosakkan dan dibakar.

Kejadian disedari petugas parti antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu, berhampiran jambatan Jalan Bukit Rambai. Beberapa tiang bendera turut dipatahkan.

Abdul Rashid membuat laporan di Balai Polis Batu Berendam pada 2 November dan menggesa polis menjalankan siasatan termasuk memeriksa rakaman CCTV di kawasan berkenaan.

Beliau turut menyeru semua parti bertanding supaya berkempen secara matang dan menghormati undang-undang.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker