
Thailand merancang membina pusat pelancaran roket sendiri serta memperluas industri pembuatan satelit domestik bagi meningkatkan peranannya dalam industri angkasa Asia.
Pengarah Eksekutif Agensi Pembangunan Teknologi Angkasa dan Geoinformatik Thailand (GISTDA), Pakorn Apaphant berkata, negara itu kini mengkaji lokasi sesuai serta berusaha mendapatkan pelaburan swasta dan rakan teknologi antarabangsa bagi merealisasikan projek berkenaan.
Menurut GISTDA, Thailand menyasarkan keupayaan melancarkan roket suborbit dalam tempoh lima tahun, manakala pembinaan pusat pelancaran yang beroperasi sepenuhnya dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya tujuh tahun selepas mendapat kelulusan.
Bagaimanapun, usaha itu berdepan cabaran termasuk kos pembiayaan, peraturan, kekurangan permintaan komersial serta keperluan kepakaran teknikal.




