Malaysia

Diskaun tol 50 peratus sempena Deepavali bermula Jumaat ini, libatkan semua lebuh raya

Kerajaan MADANI mengumumkan pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus sempena sambutan Deepavali 2026 selama dua hari, bermula 6 November (Jumaat) hingga 7 November (Sabtu).

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, diskaun itu berkuat kuasa mulai jam 12 tengah malam pada 6 November sehingga 11.59 malam, 7 November, bagi membantu meringankan kos perjalanan rakyat yang pulang ke kampung halaman atau menziarahi keluarga.

Inisiatif itu melibatkan kenderaan persendirian Kelas 1 di semua plaza tol serta Kelas 2 di Jambatan Pulau Pinang.

Bagaimanapun, diskaun berkenaan tidak melibatkan Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang (TTK) di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).

Kerajaan menganggarkan pampasan sebanyak RM20.11 juta kepada syarikat konsesi lebuh raya terlibat, tertakluk kepada pengesahan data trafik.

Menurut kenyataan Kementerian Kerja Raya (KKR) bertarikh, pelaksanaan diskaun itu akan diselaraskan bersama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat konsesi terlibat.

Pengguna lebuh raya turut dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal, memastikan baki Touch ‘n Go atau eWallet mencukupi serta mematuhi had laju dan menjaga jarak selamat bagi mengelakkan kemalangan sepanjang musim perayaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker