Jepun tubuh pasukan khas tangani serangan siber, lindungi data pelanggan

Jepun akan menubuhkan Pasukan Penyelamat Siber yang melibatkan pakar kerajaan dan sektor swasta bagi menangani peningkatan insiden penggodaman serta kebocoran data.
Langkah itu susulan puluhan syarikat melaporkan akses tanpa kebenaran ke dalam sistem mereka sejak beberapa minggu kebelakangan ini, termasuk kemungkinan kebocoran maklumat pelanggan.
Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi berkata, langkah berkenaan merupakan sebahagian daripada pakej kecemasan keselamatan siber. Kerajaan turut merancang menubuhkan sekretariat dalam tahun kewangan semasa bagi menyelaraskan bantuan kepada organisasi yang menjadi sasaran serangan.
Selain itu, pasukan pakar dikenali sebagai Top Gun Talent Team akan digerakkan bulan ini untuk menjalankan simulasi serangan siber dan mengenal pasti kelemahan sistem.




