Malaysia

Zeekr 009 diserahkan kepada MoT sebagai simbol kerjasama

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MoT) menerima sebuah kenderaan elektrik Zeekr 009 sebagai sokongan terhadap usaha kerajaan memperkukuh agenda mobiliti rendah karbon negara.

Penyerahan rasmi itu berlangsung sempena pelaksanaan Rancangan Mobiliti Rendah Karbon (LCMB) 2021–2030 yang menjadi kerangka utama peralihan sistem pengangkutan negara ke arah lebih hijau dan mampan.

Ia disempurnakan oleh General Manager Zeekr Intelligent Technology Malaysia, Eddy Lu, kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Zeekr 009, sebuah MPV elektrik mewah dengan ruang dalaman luas dan sifar emisi, diserahkan bagi kegunaan rasmi kementerian sebagai simbol kerjasama sektor swasta dalam menjayakan agenda pengangkutan bersih.

Langkah ini turut menandakan komitmen Zeekr Malaysia untuk memperkenalkan lebih banyak kenderaan elektrik premium di pasaran tempatan, sejajar dengan sasaran kerajaan meningkatkan jumlah EV menjelang 2030.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker