Malaysia

Polis cedera dibaling batu ketika operasi pengosongan Kampung Sungai Baru

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Suzilme Affendy Sulaiman cedera di muka selepas dibaling batu oleh penduduk ketika mengawal operasi pengosongan bangunan di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur, hari ini.

Insiden berlaku apabila sekumpulan penduduk merempuh masuk dan mencetuskan kekecohan, sehingga operasi yang diketuai bailif mahkamah bersama beberapa agensi terganggu.

Operasi itu dilaksanakan susulan arahan mahkamah bagi merobohkan struktur rumah di kawasan terbabit.

Kampung Sungai Baru, yang menjadi sebahagian daripada projek pembangunan semula melibatkan kondominium dan hartanah komersial, terus mencetuskan bantahan kerana dianggap menjejaskan nilai sejarah dan warisan Kampung Baru.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker