Malaysia
Caj e-hailing KLIA kini RM2 untuk kedua-dua terminal

Bayaran masuk kenderaan e-hailing di KLIA kini diseragamkan kepada RM2, berkuat kuasa hari ini.
Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) berkata kadar itu termasuk cukai dan dikenakan di Terminal 1 dan Terminal 2. Sebelum ini, caj ialah RM3 di Terminal 1 dan RM2.16 di Terminal 2.
Menurut Pengurus Besar Kanan Pengalaman Penumpang KLIA, Abdul Hasman Abdul Muhimin, kadar seragam itu bertujuan memudahkan urusan penumpang dan pemandu e-hailing.
Di Terminal 1, kira-kira 99 peratus pemandu kini dapat mengambil penumpang dan keluar dalam tempoh 10 minit selepas kemudahan baharu diperkenalkan.




