Malaysia
Pengurangan 5,000 kakitangan Petronas kerana peralihan kepada AI – Anwar

Sekitar 5,000 kakitangan PETRONAS dikurangkan susulan pertindihan fungsi dalam tenaga kerja akibat peralihan kepada teknologi baharu, digitalisasi dan kecerdasan buatan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemberhentian dilaksana berperingkat, bermula dengan pekerja kontrak yang tidak disambung sebelum fasa seterusnya.
Beliau menjelaskan semua kakitangan terlibat akan menerima pelbagai jaminan termasuk gaji minimum setahun, kemudahan perubatan serta peluang latihan baharu bersama agensi berkaitan.
Menurutnya, keputusan itu adalah langkah rasionalisasi dan penstrukturan semula organisasi PETRONAS yang sejajar dengan amalan global syarikat minyak utama.




