Malaysia
Ringgit mengukuh, dolar AS tertekan data pekerjaan lemah

Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini, susulan data pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah daripada jangkaan.
Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada RM4.0805/4.0870 berbanding RM4.0820/4.0870 pada penutup Jumaat.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, AS hanya mencatat 29,000 pekerjaan baharu pada September, jauh lebih rendah daripada jangkaan 90,000.
Kadar pengangguran AS turut meningkat kepada 4.2 peratus. Data itu meningkatkan jangkaan Rizab Persekutuan AS mungkin mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat 27 dan 28 Oktober.




