Hiburan
Puteri Balqis umum pertunangan pada usia 18 tahun

Pelakon Puteri Balqis atau Aqish, 18, mengumumkan pertunangannya dengan jejaka pilihan, Kafziel, dalam satu majlis sederhana pada 12 Ogos lalu.
Menerusi perkongsian di Instagram, Balqis memuat naik beberapa foto mengenakan busana serba putih sambil menyarung cincin pertunangan, disertai gambar bersama keluarga kedua-dua pihak serta dulang hantaran.
Apa yang mencuri perhatian ramai ialah kapsyen berbentuk puisi yang dikongsikan, ditulis oleh ibunya, yang disifatkan warganet sebagai luahan tulus dan menyentuh hati seorang ibu.
Perkongsian itu menerima ribuan ucapan tahniah dan doa daripada rakan artis serta peminat yang tumpang gembira melihat Balqis menemui kebahagiaan selepas melalui pelbagai dugaan dalam hidupnya.




