
Jaguh badminton Denmark, Viktor Axelsen mengumumkan persaraan pada usia 32 tahun selepas bergelut lama dengan kecederaan belakang.
Juara Olimpik dua kali itu menjelaskan keputusan dibuat bukan kerana mahu berhenti, tetapi disebabkan keadaan fizikal yang tidak lagi mampu menampung latihan intensif.
Kesakitan saraf di bahagian bawah belakang, khususnya L4-L5, semakin teruk sejak tahun lalu hingga menjejaskan pergerakan asas di gelanggang.
Walaupun pernah menjalani pembedahan pada 2025 dan melalui proses pemulihan, kesakitan kembali berulang.
Sepanjang karier, Axelsen muncul antara pemain terbaik dunia dengan dua pingat emas Olimpik di Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Sukan Olimpik Paris 2024, selain gangsa di Rio 2016.
Beliau juga memenangi dua kejuaraan dunia serta pernah menduduki ranking nombor satu dunia lebih 100 minggu.




