Malaysia

Mayat lelaki dibungkus kanvas, ditemui reput di Pulau Angsa

Mayat seorang lelaki yang sudah reput ditemukan dalam keadaan dibungkus dengan kanvas dan diikat dengan tali di celah batu persisiran pantai Pulau Angsa, Jeram, Kuala Selangor, pada Sabtu lalu.

Penemuan mengerikan itu dibuat oleh seorang pemancing kira-kira jam 4.50 petang selepas terhidu bau busuk dari satu bungkusan mencurigakan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin, pasukan forensik polis yang melakukan pemeriksaan membuka bungkusan tersebut dan menemui mayat seorang lelaki yang belum dikenal pasti identitinya.

Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat asfiksia kerana dicekik. Polis kini mengklasifikasikan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Azaharudin meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu atau mempunyai ahli keluarga lelaki yang dilaporkan hilang supaya tampil membantu siasatan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker