Malaysia
Erry sumbang emas, boling padang buru emas kedua

Erry sumbang emas, boling padang buru emas kedua
Atlet angkat berat negara, Muhammad Erry Hidayat menghadiahkan pingat emas buat Malaysia pada Sukan Komanwel Glasgow 2026.
Erry, 26, muncul juara acara 79 kilogram (kg) lelaki selepas merekodkan jumlah angkatan 331kg di Scottish Event Campus (SEC) Armadillo, Glasgow.
Kejayaan itu menjadi emas pertama Erry di Sukan Komanwel selepas sebelum ini meraih perak pada edisi Birmingham 2022.
Turut menceriakan kontinjen negara, skuad boling padang Malaysia mara ke dua final menerusi acara perseorangan lelaki dan beregu wanita bagi memburu tambahan pingat emas




