Malaysia

Tujuh kawasan di Sarawak catat API tidak sihat

Sebanyak tujuh kawasan di Sarawak mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (API) pada tahap tidak sihat setakat jam 8 pagi, hari ini.

Keadaan itu dipercayai berpunca daripada jerebu rentas sempadan, namun jumlah kawasan terjejas menurun berbanding sembilan kawasan pada pagi semalam.

Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Samarahan dan Serian mencatat bacaan tertinggi iaitu 183, diikuti Kuching dengan 177.

Sri Aman pula mencatat 159, Sarikei 158, manakala Mukah dan Sibu masing-masing merekodkan bacaan 152.

Data API dikemas kini setiap jam berdasarkan bacaan daripada 68 stesen pemantauan kualiti udara di seluruh negara.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker