HiburanMalaysia

12 pasukan bersaing, semangat patriotisme diangkat menerusi filem pendek

Program CommFest: Nukilan Lentera “Dari Lensa, Demi Malaysia” menghimpunkan 12 pasukan peserta dalam pertandingan filem pendek bertemakan patriotisme di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), pada 4 Oktober lalu.

Program anjuran pelajar semester tujuh dan lapan, Bachelor of Communication (Hons) in Corporate Communication, Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) itu melibatkan 101 peserta, dengan enam pasukan dalam kategori terbuka dan enam lagi kategori sekolah.

Pertandingan ini memberi peluang kepada peserta mengetengahkan kreativiti serta mesej berkaitan patriotisme, perpaduan, budaya dan identiti Malaysia.

Majlis dirasmikan oleh Dato’ Afdlin Shauki dan turut menampilkan sesi perkongsian industri perfileman bersama Encik Azmi Jamsari.

Pertandingan pula dinilai oleh lima juri, diketuai Encik Mohamed Faizal Ariff, bersama Encik Muhammed Izzat Hasan, Prof. Madya Dr. Aminah Abd. Rhapor, Puan Vanidah Binti Imran dan Encik Mohamad Taufiq Hanafi. Program turut mendapat sokongan daripada Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN), Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Bagi kategori terbuka, Kibo Visuals muncul juara, diikuti Attarfilmworks Production sebagai naib juara dan PSV Karsa di tempat ketiga.

Sementara itu, kategori sekolah dimenangi SMK Ghafar Baba, diikuti SMK Sultan Abdul Samad PJ dan SMK Tengku Ampuan Jemaah.

Penganjuran ini diharap dapat terus membuka ruang kepada generasi muda untuk menyampaikan mesej patriotisme dan perpaduan menerusi karya kreatif.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker