HiburanMalaysia

“Minat jangan sampai keterlaluan” – Netizen tegur segelintir peminat Kudrat 1968

Fenomena peminat filem Kudrat 1968 menjadi perhatian netizen apabila segelintir mereka didakwa bertindak keterlaluan sehingga mengganggu privasi keluarga pelakon.

Antara tindakan yang ditegur termasuk mengikuti akaun media sosial ahli keluarga salah seorang pelakon, sekali gus menimbulkan persoalan tentang batas antara minat terhadap selebriti dan ruang peribadi mereka.

Netizen turut membangkitkan penglibatan ramai peminat bawah umur dan mengingatkan bahawa sokongan terhadap pelakon sepatutnya diberikan secara berhemah tanpa melanggar privasi individu lain.

Sebelum ini, pelakon filem Kudrat 1968, Evertts Gomes turut menegur segelintir peminat yang menghasilkan imej dirinya menggunakan kecerdasan buatan (AI) tanpa kebenaran.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker