Hiburan

The Weeknd bakal akhiri jelajah dunia di Kuala Lumpur! 130,000 peminat dijangka hadir

Penyanyi terkenal Kanada, The Weeknd bakal menutup jelajah dunia ‘After Hours Til Dawn’ menerusi dua konsert di Kuala Lumpur pada hari ini dan esok.

Konsert yang berlangsung di Stadium Nasional TM, Bukit Jalil itu dijangka menarik kira-kira 130,000 peminat, dengan 65,000 penonton bagi setiap malam.

Pengarah Urusan Live Nation Malaysia, Paramananthan Rajagopal berkata, pihak penganjur turut mengadakan jualan awal barangan rasmi susulan permintaan tinggi peminat. Orang ramai juga disaran menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan, dengan perkhidmatan tren dilanjutkan sehingga 12.30 tengah malam.

Jelajah yang bermula pada Julai 2022 itu mencatat kutipan kira-kira AS$1.07 bilion (RM4.36 bilion) setakat September 2026, sekali gus menjadi jelajah konsert dengan kutipan tertinggi oleh artis solo lelaki.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker