Malaysia
Nombor plat ‘fancy’ sekecil tahi lalat boleh didenda RM10,000 – JPJ

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan tegas terhadap penggunaan nombor pendaftaran ‘fancy’ yang ekstrem dan mengelirukan di bawah Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan, memaklumkan pemilik kenderaan yang menggunakan nombor ekstrem boleh dikenakan denda antara RM5,000 hingga RM10,000 selepas kes dibawa ke mahkamah.
Kesalahan ini semakin berleluasa sehingga menyukarkan penguatkuasaan agensi lain.
JPJ telah menyusun dan memuat naik gambar nombor plat yang terlibat bagi memudahkan tindakan penguatkuasaan.



